Friday 3 February 2012

Salam Maulidur Rasul 2012 (12 Rabiuawal 1433 H)




Maulidur Rasul ( kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataa'la kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

PENGOBANAN RASULLULLAH SAW
Antara individu yang paling banyak melakukan pengorbanan ialah Rasulullah SAW. Baginda bukan sahaja melakukannya untuk anggota keluarga, tetapi juga untuk seluruh umatnya. Bayangkanlah… Baginda sanggup dihina, dicerca dan dicederakan semata-mata mahu melihat sekalian umatnya beriman kepada Allah sekali gus menjadi penghuni kepada syurga-Nya. Lihatlah… Bukankah itu pengorbanan yang cukup besar? Dan pernahkah Rasulullah meminta minta balasan atas setiap pengorbanannya?
Baginda pernah bersabda yang bermaksud: “Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang paling baik (pergaulannya) dengan ahli keluarga dan aku adalah yang terbaik dari kalangan kamu dalam pergaulan dengan ahli keluargaku.” (Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).
Justeru, sikap saling mengungkit pengorbanan yang dibuat dalam keluarga sama ada oleh suami, isteri mahu pun anakanak bukanlah suatu yang wajar dilakukan. Malah, Islam tidak senang dengan cara sebegitu. Ungkit-mengungkit tidak akan memberikan kita rasa tenang dan damai. etapi jika kita melihatnya sebagai satu tanggungawab dan lambang kasih sayang dalam keluarga, tidak mustahil kita boleh kembali tersenyum girang.
Cubalah kita contohi sikap terpuji Rasulullah. Pada masa yang sama kita renungkan sejenak. Kalaulah dalam keluarga sendiri kita boleh bersikap ‘cukup berkira’ melakukan pengorbanan, bagaimana pula kita dengan orang luar? Jikalau pun kita hanya melakukannya kepada keluarga, pernahkah kita terfikir orang luar boleh melakukan perkara yang sama?
Ingatlah, kehidupan ini berputar ibarat roda. Jika hari ini kita berbuat tidak baik terhadap orang, suatu hari kita juga akan menerima nasib yang sama.
Salam Maulidur Rasul kepada semua umat islam diseluruh dunia. Moga kita semua beroleh syafaat daripada Baginda SAW kelak..

No comments:

Post a Comment