Saturday 21 April 2012

Puisi Cinta


tiada ku pinta hadirnya cinta,
tidak kumahu merasa derita,
kerana cinta amat terseksa,
walau kutahu ianya fitrah manusia.

tak kuduga begini jadinya,
hadirnya ia dalam bahagia,
tetapi disaluti bahana merana,
hingga kurasa hidup tiada ertinya.

mengapa ia datang menjelma,
bukan diriku tak mahu menerima,
tetapi dihati sedikit sengsara,
kerana datangnya dalam dilema.

kini kupasrah pada sang Pencipta,
hanya Dia penentu segalanya,
doa dan harapan daku dambakan,
maga kebahagiaan datang bertandang.

Bumi Tarbiyah, Negara Halaqah, Mukim Usrah



"Bosan lah ukhti asyik kena pergi usrah je.."

"Kenapa pulak nak bosan? Kan dapat tambah ilmu. Dah dapat ilmu boleh sampaikan ilmu tu pada orang lain pulak."

"Ana bukannya syadid sangat nak tegur orang. Ana ni biasa-biasa je. Belum layak kot nak tegur orang."

"Layak atau tak, itu bukan kerja kita. Itu kerja penilaian TUHAN. Hmm, itulah salahnya pemahaman kita. Nak tunggu jadi "alim" dulu baru boleh tegur orang."

"Ana bukan alim macam ukhti."

"Mana ukhti tahu ana ni alim? Ukhti boleh nilai manusia? Ukhti tahu ke apa yang ada dalam hati ana? Mungkin saja ana berniat tak baik pada ukhti atau pada sesiapa. Takde siapa tahu kan?"

"Berjubah sentiasa, bertudung labuh, selalu pergi usrah, selalu aktif dengan kerja-kerja dakwah, takkan lah boleh buat macam tu pulak kan?"

"Ketinggian iman kita bukan dinilai pada labuhnya tudung kita, berapa banyak kerja dakwah yang kita sertai. Kalau ALLAH nak izinkan manusia tu "hati kontang", tetap jugak dia bisa buat hal-hal yang melanggari syariat. Waima seorang yang berjubah, berserban sekalipun. Kalau hati dah kalah pada nafsu, tak kemana jugak."

"Tapi ana tetap rasa tak layak nak tegur orang lagi. Nak berdakwah? Jauh sekali lah. Perlu banyak lagi yang harus diperbaiki."

"Bukankah Rasulullah ada bersabda, "Sampaikan pesanku biarpun satu ayat."? Imam As-Syafie ada berkata, "Andaikan kekurangan diri dijadikan alasan untuk tidak berdakwah, nescaya tiadanya dakwah yang akan berjalan dimuka bumi ini". Nah, apa lagi yang ukhti nak bimbangkan? Biarpun ilmu di dada kita tak setinggi ilmu orang lain, namun gunakanlah. Yang sedikit itu lah akan menambahkan "saham" kita. Dunia tak perlukan orang yang alim, warak, ilmu tinggi tentang agama sahaja, bahkan dunia memerlukan kita semua, umat Islam. Siapa lagi nak selamatkan "iman" saudara-saudara kita kalau bukan kita sendiri?"

"Entahlah ukhti. Ana tak sehebat ukhti. Mungkin hidayahNYA belum sampai lagi pada ana untuk tahap nak berdakwah pada orang. Tarbiyah pada diri pun masih compang camping."

"Ana nak tanya ukhti, logik kah kita menunggu hidayah tanpa perlu mencarinya? Bak perut yang sedang kelaparan, logik kah ia kenyang tanpa dikenyangkan? Ada kalanya kita beruntung ada orang yang menghantarkan makanan, tetapi logiknya kita mesti mencari makanan itu sendiri. Begitu juga dengan hidayah. Tarbiyah itu perlu juga dikejar, bukan menunggunya datang menghadap kita."

"Susah ukhti nak istiqomahkan hati agar tetap di jalan dakwah ini."

"Susah bagi yang setkan di mindanya susah. Mudah bagi yang anggap ianya mudah. Semuanya datang dari hati ukhti. Kita perlu ikhlas. Tajdidkan niat kita selalu, kompaskan ia ke arah kiblat yang betul, banyakkanlah menangis daripada gelak ketawa. Semoga ALLAH meredhai dan melindungi hijrah kita ini."

"Ana tak pasti ana sendiri mampu ataupun tak. Rasa bagaikan tiada kekuatan."

"Ukhti, bukanlah berjuang namanya andai tidak diuji dengan kesabaran dan keikhlasan. Kekuatan jangan ditunggu tapi harus dicari. Ianya takkan bergolek datang sendiri. Jalan ini jalan yang panjang, yakinlah dengan janji ALLAH. Ikhlaskanlah niat, kita berdakwah untuk mengharapkan cinta dan redha ALLAH, bukan sekadar obsesi terhadap syurga sahaja. Kerana manusia yang berdakwah tanpa keikhlasan dan hanya mahukan kesenangan pasti mudah penat lantas gugur dari jalan ini."

"InsyaALLAH, terima kasih ukhti."

***

Bismillahirrahmannirrahim..

Alhamdulillah, hari yang indah. Tenang, aman, damai, harmoni. Langit ALLAH membiru seperti sediakala. Sesekali bunyi burung liar berterbangan di udara. Matahari tegar memancarkan cahayanya. Angin mengintai juga menghembuskan bayunya.

Terfikir, adakalanya mudah benar kita untuk jatuh hati pada seseorang, kerana rupanya, kerana bakatnya, kerana kebijaksanaannya. Mudahnya kita menyerahkan hati kita pada seseorang, kerana mahu hidup bersamanya. Tapi berapa ramai antara kita yang sudah jatuh hati pada jalan dakwah wa tarbiah ini? Berapa ramai antara kita yang sudah menyerahkan hati sepenuhnya di jalan ini, jalan yang akan membawa kita kepada TUHAN yang kita kata kita cinta? Apa benarkah cinta kita? Itu persoalan sebenarnya. Mengetuk diri, mengemas hati, muhasabah sanubari.

Semoga ALLAH kuatkan hati kita semua untuk teruskan perjuangan dakwah dan tarbiah. Allahumma amin. Sangat sedih mendengar cerita akhawat di France yang terpaksa dihalang mengamalkan Islam sebenar hingga terpaksa menanggalkan hijab adakalanya. Dan kita di sini, di bumi Malaysia, yang mengaku dirinya Islam, sewenang-wenangnya dan makin galak membuka hijab. Allahu ALLAH. Perkukuhkan iman kami Ya ALLAH. Tanpa iman, Islam tidak akan bangkit! Ayuh bangkitlah sahabatku. Usah selesa ditakuk lama. Kita perlukan para dai'e untuk mengembalikan kegemilangan islam! Bangkitlah! Wallahu'alam.


"Murobbi terbaik adalah dia yang berjaya mendidik hatinya."

"Wahai yang bergelar dai'e, jangan terlalu sibuk mengira kenikmatan orang lain sehingga kau terlupa bersyukur berapa banyak nikmat yang telah kau dapat dari ALLAH selama ini."