Thursday, 24 November 2011

NOTA BUAT DIRI...

بسم الله الرحمن الرحيم......

Kehidupan & Keimanan… Rasai Kehadiran ALLAH Dalam Setiap Detik Kehidupan
Itulah nikmat.. bacalah firman Tuhanmu, mafhumnya : “Allah memberikan nikmat kepada sesiapa yang DIA kehendaki. Dan barangsiapa yang diberi nikmat sesungguhnya dia telah diberi kebaikan yang banyak. Dan tiada yang mengambil pelajaran, kecuali orang yang berakal..” [al-Baqarah : 269]
Seperti kata Imam Ghazali r.h. : “dengan gemerlap dan bersinarnya hati, maka akan lahirlah kebaikan. Dengan gelapnya hati, maka akan lahirlah kejahatan. Apabila manusia telah mengenali hatinya, maka dia akan kenal siapa dirinya, lantas dia akan kenal, siapa pula Tuhannya”.
Ujian datang, membawa pergi ketenangan hati… namun kasih Ilahi, pada diri yang sentiasa memungkiri, mengubati.. tidak pernah putus walau sedetik. Allahu Robbi, tabahkanlah hati yang sentiasa berbolak-balik ini di jalan-Mu, fi sabilillah~.
Sukarnya, hanya Engkau yang Mengetahuinya.. masih ku simpan, utuh! Semangat jihad seorang wanita yang lemah di sisi seorang insane bernama lelaki. Masih ku impikan wajah ketenangan isteri kesayangan Baginda , Khadijah yang penyayang, juga watak ummul mu’minin yang bijak, ‘Aisyah Humaira’…
Terkadang, terkoyak ketenangan yang puas di sisip rapi dek panahan ujian si lelaki, hilang sukma rindu bertemu nikmat hirasah di sepertiga malam dek panahan madzmumah yang bersarang di hati, namun resah dan tangis itu tetap tidak juga pergi. Hanya Engkau yang Tahu, betapa aku menginginkan ketenangan untuk meneruskan langkah2 perjuangan di akhir sisa hidup ini.
Dugaan yang silih berganti, menghentam kedangkalan ‘akal yang satu. Lalu apa lagi yang bisa ku lakukan selain meminta dan berharap pada-Mu ya Allah?. Yakinku senantiasa, bahawa ujian yang datang menimpa, tetap ada hikmah di sebaliknya. Dan aku….. tidak gusar, kerna aku masih ada Allah yang Maha Esa, menjadi teman setia. Sungguh, Engkau Maha Bijaksan merencanakan sebuah kehidupan, siapalah aku yang hina dina ini ya Ilahi, melainkan aku hanya mampu untuk merintih… mengadu kasih, hanya pada-Mu~
Ingatlah~ .. dalam ketenangan ada keresahan, dalam keresahan ada kekalutan, dan dalam kekalutan ada DIA, untuk kita mengadu dan mengharap..


Ya Allah..Engkau tuntunlah hatiku sentiasa

No comments:

Post a Comment