Tuesday, 3 July 2012

Saidina Ali Dan 10 Buah Delima


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dikisahkan oleh Ka’ab bin Akhbar.

Ketika Siti Fatimah Az-Zahra, Puteri Rasulullah SAW, sekaligus isteri kepada Sayidina Ali bin Abi Thalib sakit, ia ditanya oleh Sayidina Ali: 
Wahai Fatimah, adakah engkau menginginkan sesuatu?”
“Wahai Suamiku, aku ingin buah delima”, Jawabnya.

Sayidina Ali termenung, sebab ia merasa tidak memiliki wang sedikitpun. Namun, ia segera berangkat dan berusaha untuk mencari wang satu dirham. Maka akhirnya Sayidina Ali mendapatkan wang itu dan kemudian ia pergi ke pasar untuk membeli buah delima dan segera kembali pulang.
Namun di tengah perjalanan menuju rumahnya, tiba-tiba ia melihat seseorang yang tengah terbaring sakit di tepi jalan, maka Sayidina Ali pun berhenti dan menghampirinya.

“Wahai orang tua, apa yang diingini oleh hatimu?”, tanya Sayidina Ali.
“Wahai Ali, sudah lima hari aku terbaring sakit di tempat ini, banyak orang berlalu, namun tak ada seorang pun dari mereka yang mahu peduli kepadaku. Aku ingin sekali makan buah delima.” Jawab orang tua tersebut.

Mendengar jawabannya, Sayidina Ali terdiam, sambil berkata dalam hati,


“Buah delima yang hanya satu buah ini, sengaja telah aku beli untuk isteriku. Kalau aku berikan kepada orang ini, pasti Fatimah akan sedih. Namun jika tidak aku berikan ertinya aku tidak menepati 

firman Allah: “Terhadap si pengemis, engkau janganlah menghardiknya.” (QS. Al-Dhuha : 10).

Juga sabda Nabi SAW, ” Janganlah sekali-kali engkau menolak pengemis, sekalipun ia di atas kenderaan”.


Maka kemudian Sayidina Ali membelah buah delima itu menjadi dua bahagian, separuh untuk orang tua itu dan separuh lagi untuk Siti Fatimah.
 

Sesampai di rumah ia menceritakan peristiwa itu kepada Isterinya, dan Siti Fatimah berkata kepadanya, “Wahai suamiku, kenapa engkau bersedih, demi Allah yang maha Perkasa dan Maha Agung, ketika engkau memberikan buah delima kepada orang tua itu, maka puaslah hatiku dan lenyaplah keinginanku pada buah delima itu.”

Mendengar kenyataan Isterinya itu Sayidina Ali merasa sangat gembira. Tidak lama kemudian datanglah seorang tamu yang mengetuk pintu, lalu Sayidina Ali berkata, “Siapakah tuan?”

“Aku Salman Al Farisi,” Jawab orang yang mengetuk pintu itu.


Setelah pintu dibuka, Sayidina Ali melihat Salman membawa sebuah wadah tertutup, dan diletakkkan di depan Sayidina Ali. 


Lalu Sayidina Ali bertanya,“Dari manakah wadah ini wahai Salman?”.

“Aku menghantarkannya untukmu dari Allah SWT melalui perantaraan Rasulullah SAW.” Jawabnya.
Setelah penutup wadah tersebut dibuka, terlihat di dalamnya ada sembilan buah delima. 


Sayidina Ali terus berkata, “Wahai Salman, jika ini memang untukku, pasti jumlahnya sepuluh”.

Lalu ia membacakan firman Allah SWT, “Barangsiapa membuat satu amal kebaikan, maka pasti baginya sepuluh kali ganda amalnya ( balasannya )”. ( Al-An’am : 160 )
Salman pun tertawa mendengarnya, sambil mengembalikan sebiji delima yang ada ditangannya, seraya berkata, “Wahai Ali, demi Allah, aku hanya sekadar menguji sejauh mana KEYAKINANMU terhadap firman Allah yang engkau bacakan sebentar tadi.”

Thursday, 17 May 2012

Ana Dan Purdah



Bismillahirahmanirahim..
Syukur alhamdulillah kerana masih diberi nikmat hidup dan sihat...insyaAllah..akan ku gunakan nikmat ini dengan sebaik2nya...

Purdah.....
Bila berbicara mengenainya...Ramai yang menyukainya..xlupa juga ramai yang menghentamnya...
xkisah la apa yang orng nk cakap; pandanagn masing-masing.. tapi bagi ana, ana suka melihat pemakaian purdah ni dari aspek yang positif..

Kenapa enti Berpurdah?????

Antara soalan yng diajukan pada ana....
Bagi ana, kenapa tujuan ana berpurdah adalah:
  
           Ia tidak lain semata-mata kerana mahu mendekatkan diri kepada Allah..

Sebagai seorng gadis atau anak dara , setiap kali mahu keluar rumah, ana berfikir untuk menjaga ‘privasi’ agar tidak dikenali umum.  Satu-satunya alternatif yang ada ialah memakai purdah. Tidak dikenali umum itu bermaksud tidak mendedahkan diri kepada pandangan umum lelaki ajnabi.  Bagi ana menjadi satu kebanggaan bila dapat meminimumkan pandangan lelaki ajnabi pada diri ana.  Meskipun ana ini biasa-biasa sahaja.  Wanita itu sendiri sebenarnya aurat secara keseluruhannya.

ana  masih mahu memelihara rasa malu ana.  Pun begitu, memahami prinsip asas aurat wanita seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.  Sesuai dengan prinsip purdah itu sendiri yang hukum asalnya menurut majoriti fuqaha’ bukan wajib. Ada sesetengah fuqaha’ mengatakan ia wajib. Maka ana akan membuka purdah dalam situasi yang harus ana berbuat demikian..

Hari pertama memakai purdah..masyaAllah ..terasa tenang sekali..
Air mata menitis bagaikan air hujan..laju..xdapat nak gambarkan bagaimana perasaan ni..indah sungguh..

Saya memakai purdah bukan kerana saya cantik atau merasa diri cantik.  Jauh sekali.  Saya hanya gadis Melayu biasa-biasa.  Saya memakainya kerana mahu menyolek hati agar lebih cantik.

Namun…ahh… ramai lelaki atau perempuan sendiri menganggap wanita berpurdah ini kerana dia cantik atau merasa diri cantik.  Hakikatnya bukan semua begitu.  Cantik itu subjektif sifatnya.  Ia bergantung pada mata yang memandang dan citarasa seseorang yang Allah jadikan tidak sama.  Implikasi persepsi tersebut, bila mereka berpeluang melihat wajah wanita berpurdah dan didapati tidak secantik yang dibayangkan, mereka mula mengutuk atau hati mereka mula didatangi mazmumah mengeji wanita itu.  Salah mereka sendiri.  Tidak ada siapa yang suruh kita bayangkan apa-apa yang sudah disembunyikan.  Ia juga satu khayalan sia-sia yang tidak akan menambah pahala.  Sebaliknya menambah dosa mengeji kejadian Allah yang tidak dapat diubah yakni wajah.

Alllah menilai hati dan akhlak.  Jika kita menilai bukan menurut neraca Allah, kita sengaja mengundang murkaNya.  Na’uzubillah.  Bagi wanita yang tidak cantik, usahlah bersedih.  Allah buka peluang untuk kita memburu syurgaNya dengan agama yang mampu diusahakan, bukan dengan rupa paras yang sudah ditetapkan oleh Allah.  Pedulikan nilaian mereka yang negatif kerana syurga itu bukan milik mereka.
Mereka juga tidak mampu memberi bahagia atau derita walau sebesar zarah tanpa izin Allah swt.  Marilah kita make-up wajah kita di akhirat dengan mengamalkan agama sepenuhnya di dunia ini, dengan izin Allah jua.   Kelak kita akan lihat, siapakah yang cantik dan siapakah yang buruk di akhirat sana.  Ya Allah, tetapkanlah hati-hati kami di atas agamaMu.

Secara peribadi, saya memakai purdah kerana merasa tenang dan selesa dengannya.    Oh ya… sudah tentu pada hari pertama memakainya, saya merasa rimas dan tidak selesa bernafas.  Alah bisa tegal biasa.  Lama-lama saya boleh menyesuaikan diri dengannya.  Alhamdulillah.  Bagi muslimah yang baru belajar memakainya, pilih jenis kain yang tidak panas dan tenunannya tidak rapat/padat untuk dijadikan purdah...


Sekian dulu..peace with islam...







Saturday, 21 April 2012

Puisi Cinta


tiada ku pinta hadirnya cinta,
tidak kumahu merasa derita,
kerana cinta amat terseksa,
walau kutahu ianya fitrah manusia.

tak kuduga begini jadinya,
hadirnya ia dalam bahagia,
tetapi disaluti bahana merana,
hingga kurasa hidup tiada ertinya.

mengapa ia datang menjelma,
bukan diriku tak mahu menerima,
tetapi dihati sedikit sengsara,
kerana datangnya dalam dilema.

kini kupasrah pada sang Pencipta,
hanya Dia penentu segalanya,
doa dan harapan daku dambakan,
maga kebahagiaan datang bertandang.

Bumi Tarbiyah, Negara Halaqah, Mukim Usrah



"Bosan lah ukhti asyik kena pergi usrah je.."

"Kenapa pulak nak bosan? Kan dapat tambah ilmu. Dah dapat ilmu boleh sampaikan ilmu tu pada orang lain pulak."

"Ana bukannya syadid sangat nak tegur orang. Ana ni biasa-biasa je. Belum layak kot nak tegur orang."

"Layak atau tak, itu bukan kerja kita. Itu kerja penilaian TUHAN. Hmm, itulah salahnya pemahaman kita. Nak tunggu jadi "alim" dulu baru boleh tegur orang."

"Ana bukan alim macam ukhti."

"Mana ukhti tahu ana ni alim? Ukhti boleh nilai manusia? Ukhti tahu ke apa yang ada dalam hati ana? Mungkin saja ana berniat tak baik pada ukhti atau pada sesiapa. Takde siapa tahu kan?"

"Berjubah sentiasa, bertudung labuh, selalu pergi usrah, selalu aktif dengan kerja-kerja dakwah, takkan lah boleh buat macam tu pulak kan?"

"Ketinggian iman kita bukan dinilai pada labuhnya tudung kita, berapa banyak kerja dakwah yang kita sertai. Kalau ALLAH nak izinkan manusia tu "hati kontang", tetap jugak dia bisa buat hal-hal yang melanggari syariat. Waima seorang yang berjubah, berserban sekalipun. Kalau hati dah kalah pada nafsu, tak kemana jugak."

"Tapi ana tetap rasa tak layak nak tegur orang lagi. Nak berdakwah? Jauh sekali lah. Perlu banyak lagi yang harus diperbaiki."

"Bukankah Rasulullah ada bersabda, "Sampaikan pesanku biarpun satu ayat."? Imam As-Syafie ada berkata, "Andaikan kekurangan diri dijadikan alasan untuk tidak berdakwah, nescaya tiadanya dakwah yang akan berjalan dimuka bumi ini". Nah, apa lagi yang ukhti nak bimbangkan? Biarpun ilmu di dada kita tak setinggi ilmu orang lain, namun gunakanlah. Yang sedikit itu lah akan menambahkan "saham" kita. Dunia tak perlukan orang yang alim, warak, ilmu tinggi tentang agama sahaja, bahkan dunia memerlukan kita semua, umat Islam. Siapa lagi nak selamatkan "iman" saudara-saudara kita kalau bukan kita sendiri?"

"Entahlah ukhti. Ana tak sehebat ukhti. Mungkin hidayahNYA belum sampai lagi pada ana untuk tahap nak berdakwah pada orang. Tarbiyah pada diri pun masih compang camping."

"Ana nak tanya ukhti, logik kah kita menunggu hidayah tanpa perlu mencarinya? Bak perut yang sedang kelaparan, logik kah ia kenyang tanpa dikenyangkan? Ada kalanya kita beruntung ada orang yang menghantarkan makanan, tetapi logiknya kita mesti mencari makanan itu sendiri. Begitu juga dengan hidayah. Tarbiyah itu perlu juga dikejar, bukan menunggunya datang menghadap kita."

"Susah ukhti nak istiqomahkan hati agar tetap di jalan dakwah ini."

"Susah bagi yang setkan di mindanya susah. Mudah bagi yang anggap ianya mudah. Semuanya datang dari hati ukhti. Kita perlu ikhlas. Tajdidkan niat kita selalu, kompaskan ia ke arah kiblat yang betul, banyakkanlah menangis daripada gelak ketawa. Semoga ALLAH meredhai dan melindungi hijrah kita ini."

"Ana tak pasti ana sendiri mampu ataupun tak. Rasa bagaikan tiada kekuatan."

"Ukhti, bukanlah berjuang namanya andai tidak diuji dengan kesabaran dan keikhlasan. Kekuatan jangan ditunggu tapi harus dicari. Ianya takkan bergolek datang sendiri. Jalan ini jalan yang panjang, yakinlah dengan janji ALLAH. Ikhlaskanlah niat, kita berdakwah untuk mengharapkan cinta dan redha ALLAH, bukan sekadar obsesi terhadap syurga sahaja. Kerana manusia yang berdakwah tanpa keikhlasan dan hanya mahukan kesenangan pasti mudah penat lantas gugur dari jalan ini."

"InsyaALLAH, terima kasih ukhti."

***

Bismillahirrahmannirrahim..

Alhamdulillah, hari yang indah. Tenang, aman, damai, harmoni. Langit ALLAH membiru seperti sediakala. Sesekali bunyi burung liar berterbangan di udara. Matahari tegar memancarkan cahayanya. Angin mengintai juga menghembuskan bayunya.

Terfikir, adakalanya mudah benar kita untuk jatuh hati pada seseorang, kerana rupanya, kerana bakatnya, kerana kebijaksanaannya. Mudahnya kita menyerahkan hati kita pada seseorang, kerana mahu hidup bersamanya. Tapi berapa ramai antara kita yang sudah jatuh hati pada jalan dakwah wa tarbiah ini? Berapa ramai antara kita yang sudah menyerahkan hati sepenuhnya di jalan ini, jalan yang akan membawa kita kepada TUHAN yang kita kata kita cinta? Apa benarkah cinta kita? Itu persoalan sebenarnya. Mengetuk diri, mengemas hati, muhasabah sanubari.

Semoga ALLAH kuatkan hati kita semua untuk teruskan perjuangan dakwah dan tarbiah. Allahumma amin. Sangat sedih mendengar cerita akhawat di France yang terpaksa dihalang mengamalkan Islam sebenar hingga terpaksa menanggalkan hijab adakalanya. Dan kita di sini, di bumi Malaysia, yang mengaku dirinya Islam, sewenang-wenangnya dan makin galak membuka hijab. Allahu ALLAH. Perkukuhkan iman kami Ya ALLAH. Tanpa iman, Islam tidak akan bangkit! Ayuh bangkitlah sahabatku. Usah selesa ditakuk lama. Kita perlukan para dai'e untuk mengembalikan kegemilangan islam! Bangkitlah! Wallahu'alam.


"Murobbi terbaik adalah dia yang berjaya mendidik hatinya."

"Wahai yang bergelar dai'e, jangan terlalu sibuk mengira kenikmatan orang lain sehingga kau terlupa bersyukur berapa banyak nikmat yang telah kau dapat dari ALLAH selama ini."

Monday, 6 February 2012

~ Betapa Mahalnya Dirimu Wahai Wanita..~





●•٠·˙Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.●•٠·˙


..Sama-sama kita renungi kata-kata ini..."Percayalah kehidupan di dunia ibarat sejengkal....dari sejengkal jualah yang mewarnai 1001 warna kehidupan di sana kelak..

"Perhiasan dunia yang paling indah adalah wanita yang solehah"

Wahai muslimat, renungkanlah bicara ini:


"Pernahkah anda menghadiahkan seseorang dengan sesuatu?,

pernahkah kita memerhatikan apa yang kita lakukan pada hadiah itu, sebelum kita memberikannya pada seseorang?

Pasti hadiah yang kita ingin beri itu kita balutinya dengan kertas yang indah, kita balutinya hinga tiada sedikit pun ruang untuk melihat hadiah tersebut. Itulah indahnya sesebuah hadiah, kerana kita hanya mengetahui setelah membukanya, dan hanya orang yang kita berikan hadiah tersebut sahaja yang mampu melihat dan memegang hadiah itu.

Wahai muslimat, 

pastinya dirimu lebih berharga dan terlebih istimewa daripada hadiah-hadiah itu. Namun, mengapa tidak pula dirimu baluti tubuh mu dengan balutan yang indah? Dengan balutan yang diukir oleh Islam? 

Pastinya dirimu terlebih indah daripada sebuah hadiah. Mengapa dirimu masih membiarkan adanya ruang pada tubuhmu yang bisa orang lain tatapinya? Sedangkan hadiah yang engkau baluti, tidak pula engkau biarkan ruang untuk orang lain melihatnya…

Sedangkan dirimu lebih berharga daripada hadiah-hadiah itu. ♥♥♥Ingatlah wahai wanita-wanita pilihan Allah, beza luaran antara seorang wanita Islam dengan wanita yang bukan Islam adalah pada cara dia membaluti tubuhya. Itulah juga bezanya antara sebuah hadiah dan sebuah sampah. Bezanya adalah pada balutannya." ♥♥♥

Astaqfirullah hal Adzhim,,jom kita sama2 istiqfar sahabat2..mengapa istigfar itu penting,,buat insan yg bernama MUSLIM? Hal ini disebabkan dengan istiqfar sahabat2,, kita akan memperoleh pengampunan dari Allah s.w.t
Dalam surah an-nisa, ayat 110
"Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."…

Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah dan kami mendengar Rasulullah mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa yang berbunyi: "Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasih." (Hadis Riwayat Abu Dawud, Turmidzi dan Ibnu Majah, dishohehkan oleh Imam Turmidzi)

Kita memandang istighfar sebagai suatu amalan yang perlu dilakukan selepas melakukan dosa, sepertinya selepas sedar dari mengumpat.,,atau setelah melakukan derhaka kepada AL-KHALIQ..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Ya Allah...
Kuatkan hati dan semangatku,
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu,
Jadikanlah aku insan yang disenangi olehMu,
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu,
Bimbinglah aku menjadi insan yang tak lupa siapalah daku disisiMu...

sesungguhnya Ya Allah..
Aku lemah tanpa petunjukMu,
Aku buta tanpa bimbinganMu,
Aku cacat tanpa hidayahMu,
Aku hina tanpa RahmatMu...:(

Duhai Sahabat
"Buatlah suatu kebaikan yang akan terus hidup walaupun setelah kita mati."

Ya Allah, ampunilah aku, imanku rapuh seperti sarang labah-labah...:(

"Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah adalah rumah labah-labah kalau mereka mengetahui..." (al 'Ankabut:41 )

Allahumma Ameen

Friday, 3 February 2012

Salam Maulidur Rasul 2012 (12 Rabiuawal 1433 H)




Maulidur Rasul ( kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataa'la kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

PENGOBANAN RASULLULLAH SAW
Antara individu yang paling banyak melakukan pengorbanan ialah Rasulullah SAW. Baginda bukan sahaja melakukannya untuk anggota keluarga, tetapi juga untuk seluruh umatnya. Bayangkanlah… Baginda sanggup dihina, dicerca dan dicederakan semata-mata mahu melihat sekalian umatnya beriman kepada Allah sekali gus menjadi penghuni kepada syurga-Nya. Lihatlah… Bukankah itu pengorbanan yang cukup besar? Dan pernahkah Rasulullah meminta minta balasan atas setiap pengorbanannya?
Baginda pernah bersabda yang bermaksud: “Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang paling baik (pergaulannya) dengan ahli keluarga dan aku adalah yang terbaik dari kalangan kamu dalam pergaulan dengan ahli keluargaku.” (Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).
Justeru, sikap saling mengungkit pengorbanan yang dibuat dalam keluarga sama ada oleh suami, isteri mahu pun anakanak bukanlah suatu yang wajar dilakukan. Malah, Islam tidak senang dengan cara sebegitu. Ungkit-mengungkit tidak akan memberikan kita rasa tenang dan damai. etapi jika kita melihatnya sebagai satu tanggungawab dan lambang kasih sayang dalam keluarga, tidak mustahil kita boleh kembali tersenyum girang.
Cubalah kita contohi sikap terpuji Rasulullah. Pada masa yang sama kita renungkan sejenak. Kalaulah dalam keluarga sendiri kita boleh bersikap ‘cukup berkira’ melakukan pengorbanan, bagaimana pula kita dengan orang luar? Jikalau pun kita hanya melakukannya kepada keluarga, pernahkah kita terfikir orang luar boleh melakukan perkara yang sama?
Ingatlah, kehidupan ini berputar ibarat roda. Jika hari ini kita berbuat tidak baik terhadap orang, suatu hari kita juga akan menerima nasib yang sama.
Salam Maulidur Rasul kepada semua umat islam diseluruh dunia. Moga kita semua beroleh syafaat daripada Baginda SAW kelak..

Sunday, 29 January 2012

MENGENAL ERTI DIRI...





Bismillahirahmanirrahim....

kalimah berkat..semoga ia sentisa menjadi halwa telinga kita..tak kira dimana..tak kira masa..
salam rindu kepada Baginda Rasulullah s.a.w..dan ahli keluarganya..para sahabat juga tabi' dan tabi'en ..



Sebelum pena ini mula menari menulis apa yang direncana, ana  doakan agar ia jauh daripada fitnah syaitan laknatullah apatah lagi daripada murka Allah S.W.T.  hati meronta-ronta menulis sesuatu buat penenang jiwa...menyimbah redupnya sakinah di hati ini......Alhamdulillah, hari berganti hari, musim berganti musim, siang berganti malam, pagi berganti petang kemudian malam, detik berganti detik, akhirnya yang di tunggu menjengah tiba....hakikat sebuah ketelusan....

Alhamdulillah thumma alhamdulillah.. masih terus-terusan  diberikan kesempatan olehNya utk meminjam udara ini agar dpt terus bernafas dengan sempurna...syukur atas nikmat MU ya Allah.Jari jemari menari menurut rentak rasa..subhanAllah....sukar diucapkan..sukar diluahkan sebnarnya apa yang terbuku di hati..kehidupan ini kurniaan ilahi ..anugerah kehidupan yang teramat besar nilainya.ya Allah monolog pertama ,syukur diatas nikmatMU.Alhamdulillah wa syukurllah.bagaimana harus ana persia-siakan kudrat ini.Tinta ana teruskan jua.buat jiwa yang masih memerlukan secubit rasa untuk sama-sama bermuhasabah..




segala pujian buat pemilik jiwa ini..terima kasih ya Allah atas segala nikmat yang Engkau pinjamkan pada hambaMU ini.bagaimana bisa diriku menyatakan betapa ku bersyukur di atas apa yang telah ku lalui sepanjang keberadaanku di atas muka bumi ini.subhanAllah.


bicara manusia,gerak rasa manusia ,manusia yang lemah,manusia yang hina..




Alhamdulillah Allah masih mengizinkan buat kita merenung diri dan bertafakur dengan segala nikmat yang masih diberikan kepada kita buat meniti kehidupan yang penuh dengan onak dan ranjau ini.Sedar tak sedar segalanya berlalu begitu sahaja  namun kerinduan pada tanah tandus  tak pernah luput dari atma..kadang-kadang diri meronta rindukan suasana yang penuh syahdu yang semestinya tak sama …namun ana bersyukur kerana masih di bekalkan kekuatan untuk terus berbakti buat ummat Islam sejajar dengan matlamat ana …sememangnya tugas yang terpikul di bahu ini sangat payah namun masih jua diri ini mengharapkan Allah terus mendidik dan menguatkan ana  untuk terus thabbit di jalan ini.moga misi perjuangan Rasulullah saw dapat di  teruskan dan akan ada pewaris yang akan terus berjuang di jalanNya…




Jika dirimu dilanda kesusahan Bisikanlah harapan yang menjanjikan kepadanya Maka dengan janji itu dirimu akan menjadi senang. Perisailah dirimu dengan harapan Agar tidak putus asa Hingga kecemasanmu lenyap dimakan waktu. Tutupilah kesedihan dari teman-temanmu Ada orang-orang yang dengki Dan senang dengan penderitaan orang lain. Buanglah fikiran yang buruk terhadap segala sesuatu Kerana hal ini akan membuat yang bersangkutan Mati sebelum waktunya. Kecemasan itu tidak selamanya Mengongkong seseorang Sebagaimana kegembiraan pun Tidak selamanya menghiasinya. Andaikata jiwa ini tidak pernah menyalahi aqal Nescaya terasa tidak jernih kehidupan ini Bagi orang-orang yang waspada....









sekiranya ana diam, bukan maksud ana tak suka.
sekiranya ana buat tak tahu, bukan bermaksud ana tak ambil kisah...

apa pun persepsinya..ana tetap diri ana..
Menyelusuri sirah baginda Muhammad SAW, kita melihat bagaimana Allah sentiasa menaikkan semangat nabi SAW, mentarbiyah kekasihNya dalam apa jua keadaan sekalipun. Menjanjikan pembukaan kota Kontantine di saat umat Islam bersusah payah di dalam perang Ahzab, juga memberi jaminan kepada umat Islam bahawa pertolongan Allah itu akan sentiasa dekat.
“Atau apakah kamu sangka, bahawa kamu akan masuk syurga ? Sedang belum datang kepada kamu (keadaan) seperti yang telah dilalui oleh mereka yang terdahulu daripada kamu, mereka telah ditimpa kesusahan dan kecelakaan, dan digoncang akan mereka itu, sehingga rasul dan orang yang beriman yang berserta dengannya berkata: “Bilakah akan datang pertolongan Allah? Ketahuilah bahawa sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.”(Surah al-Baqarah: Ayat 214)
Juga perhatikan ketika mana Abu Bakr menemani sahabat serta rasulNya berhijrah, bukankah nabi mententeramkannya disaat dia sudah mula gelisah dengan berkata “Apakah pandangan kamu Wahai Abu Bakr, kita berdua dan Allah adalah yang ketiganya?”
Bahkan mendengarkan ucapan Muhammad SAW, Abu Bakr serta merta menjadi tenang bahkan bertambah semangatnya untuk menuju Madinah. Dan lihatlah bagaimana Nabi mengharungi fasa Madinah dengan jayanya sehingga nur Islam tersebar ke seluruh jazeerah arab.
Islam memberi harapan kepada umatnya..... Dalam jerih payah, pasti akan diselitkan kesenangan yang tidak disangka-sangka oleh kita. Bahkan menjadi motivasi kepada muslim secara khasnya untuk terus berusaha dan berjuang melakukan yang terbaik.
“Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.” (Surah Ad-Dhuha: 4.)
Bukankah motivasi terbaik bagi kita apabila syurga itu berada di depan mata? Berusaha sehabis baik untuk menggapai redhaNya....
Ya.Motivasi itu!!
Ana terkesima,HAA.. KENAPA? Tanya balik pada diri, sempurnakah kita ini? Kita ini macam mana? Siapa kita untuk menghukum ? Adakah kita mengetahui apa yang Allah rancangkan  ? Adakah kita tahu apa yang Allah rancang untuk DIRI ini?namun di sebaliknya..masih mencari sinar di sebaliknya...kadang-kadang sebuah persoalan perlu dijawap dengan persoalan untuk mendapatkan jawapan..jangan tanya ana apa dan mengapa..kdg kadang bukan dari kehendak hati sendiri..namun  percayalah setiap yang berlaku ada hikmah yang tersendiri...


Di antara dua sisi,dua ..manusia berbeza yang ana kenali,..namun dua sudut berbeza yang ana perolehi,mengapa begitu?kenapa sampai perlu di war-warkan segalanya.Perlukah diri ini meletakkan diri di sana sehingga ana merasa betapa tidak perlunya......Ia mengambil masa yang agak lama tetapi meruntuhkannya amat mudah....salah siapa?wahai manusia beringat la sentiasa..dunia ini kembara sementara..hanya persingahan buat kita yang dahaga kepada bekalan untuk hidup di 'sana'..Allah....
banyak hal yg pernah terjadi
semua kita lalui dgn segala kekurangan yg kita miliki
kadang benci, kesal dan kecewa
juga senang, hormat dan sayang

sungguh luar biasa apa yang telah kita lalui bersama
inikah pemberian tak ternilai dari Sang Kuasa?
yang sering kali tak pernah kita syukuri

Ya, Allah...Lindungilah mereka....
sungguh sukar untuk mengkhabarkannya,soalan yang perlu kita tanya pada diri sendiri..percayalah apabila kita jujur dan mahu mencari.kita pasti akan menemuinya..u.


Orang boleh mentafsir apa sahaja,namun yang lebih mengetahuinya hanyalah Allah.
SEJUTA HARAPAN MEMBAWA ERTI PADA DIRI.