Showing posts with label purdah. Show all posts
Showing posts with label purdah. Show all posts

Tuesday, 18 September 2012

Bila sudah didepan mata



Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...Masih diberi kesempatan oleh Kekasih Hatiku, Allah SWT untuk membersih " Rumah ku" yang bersawang ni..hihihi...Lama rasanya tidak singgah ke " Rumah" ni..Rindu rasa hati ni nak mencoret sepatah dua kata buat tatapan hati yang lara..moga2 dapat menjadi penghibur buat hati ini dikala kekuatan meminta..

Tajuk perkongsian resepi pada kali ni ( macam nak masak la plak rasanya..huhuhu) adalah berkenaan dengan NIQAB/ PURDAH...Alhamdulillah..sudah hampir 7 bulan ana berniqab...Syukur sangat..Walaupun banyak halangan/ cabarannya, Bak kata peribahasa " Alah bisa Tegal biasa" ( Entah betul entah tidak  peribahasa ana guna ni..hihihi)..Disini ana nk kongsikan beberapa situasi bilamana si Niqabis ni mula  berlegar - legar (cam burung la plak) dalam kalangan masyarakat...ok

(SITUASI PERTAMA)

Si isteri : "Eh,eh sejak bila dia pakai purdah??"

Si suami : "Dia eksyen je tu..sekarang kan ramai yang macam ala-alaarab!."

Si kakak : "Ehh,,takla, dia dah lama pakai purdah..bagus ape pakai benda tu??...."

Si isteri : "Akak tolonglah nasihatkan anak buah akak tu. Bukan ape, kita semua kenal dia tu macam mana dulu, tiba-tiba nak pakai macam ni.Drastic sangat. Bukannya apa, buat orang mengata aje. Akak mak sedara dia. Saya ni cuma menantu aje dalam keluarga besar akak kan..."

Si suami : ".........."

******************************************************************************************************

(SITUASI KEDUA)

Kawan A : "Alah dia tu...dulu dialah yang paling nakal giler.. Kawan dengan ramai lelaki. Pakai purdah??? Sampai bila, aku nak tengok!!"

Kawan B : "Ermmhh...pakaian je dah tukar. Jangan-jangan perangai sama je macam dulu. Ada hati nak nasihat kitorang. Dia pandai-pandai cakap kita ni buat itu tak boleh, ini tak boleh. Cermin diri dulu lahhh...Siapa kau nak nasihat org. Diri kau pun tak betul. Mak bapak aku pun tak bising wei!"

Kawan C : "Alahh, lantak dia lah."

Kawan B : "Masalahnya, sakit hati aku baca status kat facebook dia. Tunjuk kat orang macam alim sangat. Padahal org tak kenal dia tu siapa dulu!"

Kawan A : Betul tu. Aku sokong!! Dia ajak kita pakai tudung. Hak eleh, orang pakai tudung tu lagi banyak buat dosa lah!! Aku ni walaupun tak pakai tudung, tapi aku tau jaga maruah diri aku laa..Kau tengok berapa banyak kes buang bayi, kes khalwat..pakai tudung!!! Kaki skodeng dalam youtube tu sume pakai tudung. Jaga kain tudung sendiri sudahla..."

Kawan C : "Ermm...entahla.."


*********************************************************************************************************
(SITUASI KETIGA)

Si ibu : Kenapa nak pakai tudung labuh dengan purdah pulak? Dah-dahlah dik..pakai tudung aje dahla...beli aje tudung jenis RM10 tu yg ada awning tu. Beli yang besar sikit. Tak payahlah pakai purdah. Macam ape dah mak tengok. Nanti apa pulak orang sekeliling kita cakap.

Si ayah : Biarlah nak pakai apa. Jangan tak pakai apa-apa dahla.

Si ibu : Ayah ni, sekarang ni bukan boleh percaya. Kot-kot sesat ke ape. Mana kita tau..

Si ayah : Kau (anak) nak pakai purdah ni, bukannya kau tu sekolah agama. Buat kena gelak kat orang ajelah. 

Si ibu : Nantilah...nanti takde lelaki nak kat adik. Muka pun tak nampak. Orang zaman sekarang nak tengok muka bagai..Kalau tak nampak muka macam mana nak bercinta??

**********************************************
Dari 3 situasi ini, ada satu soalan utama sebelum soalan-soalan lain ana mahu tujukan pada pembaca atau yg pernah melontarkan kata-kata ini pada si penerima..

SOALAN : ADAKAH KESEDARAN MENUTUP AURAT HANYA PADA USIA TUA ATAU MASA AJAL TIBA, DAN SALAHKAH MENUTUP AURAT DENGAN LEBIH SEMPURNA?????

  • Adakah kita suka lihat aurat anak2 kita terbuka tak bertegur sampai dah tua?
  • Adakah kita ni tak sedar2 akan petunjuk yg Allah bg melalui dari sahabat kita?
  • Adakah kita punya kisah silam yg 'dulu2' benar2 bagus dari yg di kutuk??
  • Adakah kita ini tak sedar tanggungjawab menutup aurat itu hukumnya WAJIB?
  • Adakah bila ada org yg cantik penampilannya, menggugat jwatan ustz/ustzah kita?
  • Adakah yg pakai purdah ini semuanya sesat dan jahil agama?
  • Adakah yg pakai purdah ini semua kolot dan 'kekampongan'?
  • Adakah kita ini dah cukup sempurna sifat,akal dan amal ibadat sampaikan org nak berubah menutup dan memberatkan aurat pun kita LARANG,kita HALANG.??
  • Kenapa kita tak tanya diri sendiri, AKU INI SUDAH SEMPURNAKAH?

JAWAPANNYA : -

Pelajarilah bagaimana nak memperbaiki keaiban diri sendiri, daripada kita sibuk nak membuka aib orang lain. Bersyukurlah apabila mata kita, suami kita, anak lelaki kita, sahabat lelaki kita, dan kaum muslimin muslimat sekalian sudah dijaga dari melihat aurat!! Seharusnya kita ini menyebarkan kepentingan menutup aurat. Bahkan ana selalu berpesan pada anak2 buah ana yg ppuan (walaupun diorang masih kecil). "Jika kita ini tidak menutup aurat, tidak ada bezanya diri kita ini seperti pondan." Bantulah diri mereka yg tergapai-gapai mencari cahaya. Bantulah mereka dalam melaksanakan hukum perintah Allah SWT. Secara tak langsung, ambil lah akan iktibar dari mereka-mereka ini. Betapa Allah sayangkan kita, maka Allah bukakan pintu hati mereka kembali kejalanNya. Inikah ajaran Rasulullah SAW yang kita pelajari? Bahkan Rasulullah SAW sendiri mengajak kita menyayangi sesama umat Islam. Mengajak kita melakukan perkara kebaikan. Amar Makruf Nahi Mungkar. Tapi kalau begini sikap kita, orang yang mahu mendekatkan diri kepada Allah, mahu menutup dan memberatkan aurat kita perlekehkan, kita jatuhkan semangat mereka, kita pulaukan mereka, berkata dgn ugutan dsbnya..Macam mana kita nk berdakwah dan menarik orang bukan Islam kepada Islam?? Kerana sikap ego kita inilah, Islam cacat dipandangan mata mereka...Anjaklah paradigma anda sekalian.....

Wallahua'lam.







Thursday, 17 May 2012

Ana Dan Purdah



Bismillahirahmanirahim..
Syukur alhamdulillah kerana masih diberi nikmat hidup dan sihat...insyaAllah..akan ku gunakan nikmat ini dengan sebaik2nya...

Purdah.....
Bila berbicara mengenainya...Ramai yang menyukainya..xlupa juga ramai yang menghentamnya...
xkisah la apa yang orng nk cakap; pandanagn masing-masing.. tapi bagi ana, ana suka melihat pemakaian purdah ni dari aspek yang positif..

Kenapa enti Berpurdah?????

Antara soalan yng diajukan pada ana....
Bagi ana, kenapa tujuan ana berpurdah adalah:
  
           Ia tidak lain semata-mata kerana mahu mendekatkan diri kepada Allah..

Sebagai seorng gadis atau anak dara , setiap kali mahu keluar rumah, ana berfikir untuk menjaga ‘privasi’ agar tidak dikenali umum.  Satu-satunya alternatif yang ada ialah memakai purdah. Tidak dikenali umum itu bermaksud tidak mendedahkan diri kepada pandangan umum lelaki ajnabi.  Bagi ana menjadi satu kebanggaan bila dapat meminimumkan pandangan lelaki ajnabi pada diri ana.  Meskipun ana ini biasa-biasa sahaja.  Wanita itu sendiri sebenarnya aurat secara keseluruhannya.

ana  masih mahu memelihara rasa malu ana.  Pun begitu, memahami prinsip asas aurat wanita seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.  Sesuai dengan prinsip purdah itu sendiri yang hukum asalnya menurut majoriti fuqaha’ bukan wajib. Ada sesetengah fuqaha’ mengatakan ia wajib. Maka ana akan membuka purdah dalam situasi yang harus ana berbuat demikian..

Hari pertama memakai purdah..masyaAllah ..terasa tenang sekali..
Air mata menitis bagaikan air hujan..laju..xdapat nak gambarkan bagaimana perasaan ni..indah sungguh..

Saya memakai purdah bukan kerana saya cantik atau merasa diri cantik.  Jauh sekali.  Saya hanya gadis Melayu biasa-biasa.  Saya memakainya kerana mahu menyolek hati agar lebih cantik.

Namun…ahh… ramai lelaki atau perempuan sendiri menganggap wanita berpurdah ini kerana dia cantik atau merasa diri cantik.  Hakikatnya bukan semua begitu.  Cantik itu subjektif sifatnya.  Ia bergantung pada mata yang memandang dan citarasa seseorang yang Allah jadikan tidak sama.  Implikasi persepsi tersebut, bila mereka berpeluang melihat wajah wanita berpurdah dan didapati tidak secantik yang dibayangkan, mereka mula mengutuk atau hati mereka mula didatangi mazmumah mengeji wanita itu.  Salah mereka sendiri.  Tidak ada siapa yang suruh kita bayangkan apa-apa yang sudah disembunyikan.  Ia juga satu khayalan sia-sia yang tidak akan menambah pahala.  Sebaliknya menambah dosa mengeji kejadian Allah yang tidak dapat diubah yakni wajah.

Alllah menilai hati dan akhlak.  Jika kita menilai bukan menurut neraca Allah, kita sengaja mengundang murkaNya.  Na’uzubillah.  Bagi wanita yang tidak cantik, usahlah bersedih.  Allah buka peluang untuk kita memburu syurgaNya dengan agama yang mampu diusahakan, bukan dengan rupa paras yang sudah ditetapkan oleh Allah.  Pedulikan nilaian mereka yang negatif kerana syurga itu bukan milik mereka.
Mereka juga tidak mampu memberi bahagia atau derita walau sebesar zarah tanpa izin Allah swt.  Marilah kita make-up wajah kita di akhirat dengan mengamalkan agama sepenuhnya di dunia ini, dengan izin Allah jua.   Kelak kita akan lihat, siapakah yang cantik dan siapakah yang buruk di akhirat sana.  Ya Allah, tetapkanlah hati-hati kami di atas agamaMu.

Secara peribadi, saya memakai purdah kerana merasa tenang dan selesa dengannya.    Oh ya… sudah tentu pada hari pertama memakainya, saya merasa rimas dan tidak selesa bernafas.  Alah bisa tegal biasa.  Lama-lama saya boleh menyesuaikan diri dengannya.  Alhamdulillah.  Bagi muslimah yang baru belajar memakainya, pilih jenis kain yang tidak panas dan tenunannya tidak rapat/padat untuk dijadikan purdah...


Sekian dulu..peace with islam...