Tuesday, 11 October 2011

hEBAT SANGAT KE CINTA TU...



Hebat sangatkah cinta?
Atau cuma hawa nafsu semata???
Jika tiada calon,
ramai yang bertanya...
"Mengapa tidak dicari???" katanya.

Hebat sangatkah cinta?
Jika cuma sesama manusia,
apatah lagi berlainan jantina.
Hingga agama diletak belakangnya...

Hebat sangatkah cinta?
Jika statusku single,
mereka hairan bertanya...
Sedangkan solat lima waktu tidak diberatnya.
Jika ramai tak buat dipandang biasa...


Hebat sangatkah cinta?
Menghayati rasa yang terkandung di jiwa.
Terlahirnya sajak dan puitisnya cinta.
Lautan api sanggup diredahnya...


Hebat sangatkah cinta?
Hingga semua nak diserahkannya.
Katanya memujuk kononnya aku yang teristimewa,
sedangkan ayat sampah tu dah beribu kali dijaja...




Hebat sangatkah cinta?
Kononnya di hati tulus setia,
membukti cinta tanpa diduga.
Akhirnya tubuh menjadi mangsa...

Hebat sangatkah cinta?
"Saya suka awak kerana agama"...
Kalau begitu mengapa mendekati zina???
Jika benar agama ukurannya...

Hebat sangatkah cinta?
Mampu membuat diri tersenyum manja,
khayalnya meneguk madu cinta.
Sedangkan yang diteguk racun berbisa...

Hebat sangatkah cinta?
Sehingga mata yang celik dikata buta,
dosa pun dia kata"tak pa",
Janji kau, aku yang punya...

Hebat sangatkah cinta?
Jawapannya ya...
Jika mencari cinta tulus hanya pada Yang Maha Esa...
Bahagianya kekal untuk selamanya...

P/s: "Ya ALLAH, peliharalah diriku dari terus lalai dalam mengingatiMu... Jangan sesekali Kau palingkan hatiku kepada yang lain..." Bukanlah niat di hati ini untuk menafikan perasaan C.I.N.T.A. itu. Namun, janganlah sampai F.I.T.R.A.H. itu bertukar menjadi F.I.T.N.A.H.

<insha-ALLAH, biiznillah>

Monday, 10 October 2011

Jangan ditangisi apa yang bukan milikmu....


Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!!
~~> pesanan Buat DIRIKU dan DIRIMU<~~

Friday, 23 September 2011

MeNcAri CinTa HaLaL....

Aku bagaikan sang bunga

mekar ditaman ayah dan bonda
dilindungi daripada kumbang liar
dalam mencari redha Allah
Demi memiliki syurga idaman
Aku mencari pemillik cintaku
setelah cinta Allah dan Rasul
Mendambakan seorng lelaki yang habat
yang akan memanduku ke syurga abadi
menjejak ketaman bahagia dengan 
IJAB DAN KABUL....
Bagaikan berada dipadang pasir
sukarnya mencari jalan abdi
menyelusuri langkah lelaki beriman
Yang menjaga akhlaknya
menjaga pandangan dan menundukkah wajah
daripada godaan dosa yang selalu ada....

Ya Allah..Pandulah hambaMu ini
kejalan yang Kau redhai
Kumohon pada-Mu, labuhkan cintaku pada dia yang mencintaiMu
satukanlah doaku dan doanya dalam restuMu
Temukanlah kami dalam rahmatMu
Demi memiliki pemimpinyang akan memimpin aku dan anak-anakku kelak
Kusucikan hati ini
kubersihkan jiwa ini
menyerah diri padaMu ya Allah
kerana engkau lebih mengetahui
dia yang terbaik untukku
kuterima dengan senyuman pilihan daripadaMu....Aameen Ya Rabb...

Wednesday, 14 September 2011

SAAT ALLAH "PINJAMKAN" UJIAN





Ku mulakan bicara dengan ta’awwuz dan basmalah, untaian tasbih memuji Pencipta yang Maha Esa..
Kalam-Nya di dalam al-Furqan :
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?”
“Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al-Ankabut: 2-3)
Kadang-kadang muslim yang beriman kepada Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai nabi dan rasul-Nya, berhadapan dengan kelemahan sebagai seorang manusia biasa. Dia cenderung kepada hawanya, mengikut nafsu ammarah dan melayari bahtera kehidupan dengan melalui jalan kefasikan dan penyelewengan. Oleh itu adakah di sana penyelesaian positif yang boleh mengeluarkan pemuda tersebut daripada kelemahan kepada kekuatan, membebaskannya daripada tuntutan hawa nafsu, dorongan melakukan dosa dan kongkongan nafsu ammarah?
Islam telah menggariskan penyelesaian kepada setiap muslim yang ditimpa kelemahan, digoda oleh hawa nafsu atau dikuasai oleh syahwat. Apabila dia mengambil penyelesaian tersebut, dia akan menjadi seorang insan yang suci bersih, bertaqwa dan soleh. Apabila dia berjalan di khalayak ramai, dia akan manjadi contoh teladan yang baik dan menjadi perhatian mereka.
Dalam masa  beberapa hari meneruskan kembara menuntut ‘ilmu di tempat saya menuntut kini, hati meronta-ronta meminta untuk kembali ke tanah kelahiran, kelantan, membawa hati yang sepi, semakin remuk dengan perbuatan manusia yang tidak waras, menurut saya. Astaghfirullahil’azim. Ya Ilahi.. umi.. abi.. ‘akhi…ukhti.. rungutan dan coletehan dari teman-teman membingitkan ruang alat pendengaran saya. Entah, di mana salah dan silapnya saya sendiri tidak ketahui.
Ya Allah.. apa benar aku yang bersalah..???

Ya Ilahi …
Sepertinya, kudrat ku ini sudah tidak mampu
Ketika dunia semakin menipu
Di iringi nafsu yang meruntun malu
Sehinggalah aku… terjerumus lesu …
Ya Allah …
Ku sedari hakikat.. bahawa aku akan lemah tanpa cinta-Mu
Ku sedari hakikat.. bahawa aku akan rebah tanpa ihsan-Mu
Dan aku juga sedar.. bahawa aku pasti kecundang tanpa kudrat-Mu
Ya Rabbi …
Teruskanlah izinkan aku untuk menyentuh kembali
Rasa cinta yang suatu ketika dulu pernah ku sulami
Membuahkan rasa yang sangat manis di hati
Biarpun rintangan mendatangi diri berkali-kali
Ya Ghaffar…
Sehingga kini aku terus berharap lagi
Ingin aku meneruskan sisa ini
Untuk kembali… dan terus kembali …
Demi meraih redha dan cinta-MU ya Ilahi
Walau dosa semakin melilit diri
Yang semakin hari semakin menghijab hati …
Allahu Rabbi …

Kuatlah duhai Hati … ayuh, ubatilah ia …
Buat kalian yang sentiasa rasa berdosa, yang sering berputus asa, yang sering merasa harapan hanya sia-sia, yang sering merasa kehidupan tiada bermakna, yang merasa diri tidak pernah sempurna, yang merasa tiada arah hidup didunia. Untuk SEKETIKA.. bukalah mata, terjunlah ke lubuk hatimu yang suci. pandanglah langit tegak tinggi tanpa tiang, lihatlah bumi jauh terhampar luas. Mengapa harus kecewa dan menanggung derita? merasa harus merasa gelisah dan susah? mengapa harus bersedih dan takut? Kita tetap ada Allah, Dia begitu hampir dengan kita. Lebih dekat dari urat leher sendiri. Tadahlah tangan, mohonlah dengan penuh kehinaan, tangisilah dengan penuh kehambaan. DIA TETAP SETIA DENGAN CINTA KEPADA HAMBANYA SELAGI KITA IKHLAS UNTUK KEMBALI KEPADANYA…
Ketika kita merasa dunia ini gelap gelita, ketika kita merasa resah gelisah didada, ketika kita merasa harapan hanya sia-sia, ketika kita merasa sangat-sangat berputus asa maka sedarilah ketika itu Allah sedang berbicara dengan kita, sedang memanggil kita, sedang menanti kita untuk kembali bertaubat kepadaNya. Masakan Allah Ya Rahim sanggup membiarkan hambaNya terkapai keseorangan. Sedangkan seorang ibu akan menegur anak-anak kecil ketika leka bermain diterik mentari kerana kasih terhadap anaknya. Inikan pula Allah Yang Maha Penyayang. Allah tidak pernah meninggalkan kita sekalipun kita sering meninggalkan Allah. Pernahkah kita merasa sesak nafas secara tiba-tiba kerana melakukan dosa??
Biarkanlah Cinta kita bertasbih dalam alunan sayu dzikrullah, mengingati dosa-dosa semalam yang tetap menjadi sejarah, tanpa sedar air mata mula tumpah, Mengingati peluang yang sentiasa Engkau curahkan…
Kita sering mengeluh kerana diuji oleh Allah swt. Sebenarnya kita terlupa ujian yang Allah berikan kerana Allah rindu untuk mendengar rintihan hambaNya dan apabila hambaNya bertaubat padaNya dengan ikhlas, Allah memaafkan hambaNya dan Allah bertambah sayang pada hambaNya. Baiknya Allah swt cuma kita tidak sedar…
Yakinlah… insyaAllah, ada penawarnya …
Setiap penyakit itu pasti ada penawarnya, kecuali bila ajal mula mendekati – tiada penawar lagi. Indahnya Islam kerana di sana letaknya tegahan tetapi adanya suruhan (bimbingan), adanya penyakit turut bersamanya penawar.
Kerna itu sahabat Baginda apabila merasa runsing dan bersedih hati, mereka secara langsung mendapatkan motivasi dari Rasulullah SAW agar pencerahan kembara Ilahi jelas tanpa was-was. Mereka segera kembali kepada jalan al-Quran dan Sunnah bukan mengikut telunjuk hati yang rawan ataupun syaitan yang sentiasa membisikkan kenistaan.
Ayuh! Usahlah terus bersedih, duhai hati.. bangkitlah.. jangan jadi orang ‘kalah’ lagi. Hamparkan sejadah, lalu bertawajuh dan menadahkan tangan memohon bantuan dari-Nya. Engkau tidak keseorangan.

Fahamilah maksud di sebalik takdir ujian Allah..

Mana mungkin kita mengelakkan diri daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah s.w.t.. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: "Kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita."

Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah – yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.

Pesan Ibn Atoillah, “Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.”
“Barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.”
Kata Imam al-Ghazali pula : cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah “memberontak” kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya. Misalnya, dia tidak lalu mahu makan-minum secara teratur, tidak mandi, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan lain-lain yang menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya. Ungkapan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adalah satu “demonstrasi” seorang yang sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji
Janganlah bersedih wahai jiwa, sekiranya engkau beriman kepada Allah SWT, percaya kepada ketentuan qada’ dan qadarnya – pasti ada hikmah tersembunyi. Jangalah bersedih wahai jiwa yang tenang, kerana bersangatan sedih itu membuatkan dirimu dinodai Syaitan. Janganlah bersedih wahai jiwa yang lara, kerana bersama engkau ialah Tuhan Yang Maha Mendengar rintihan hamba-hambanya.
Ingatlah, Allah Yang Satu itulah yang mengobarkan kemenangan insan terdahulu, yang mengatur urusan manusia sebelum-sebelumnya. Malah ada urusan mereka lebih sulit dari kita. Selalulah bersyukur dan mengingati Allah SWT…
Tenanglah hati… Allahu Rabbi …

Tuesday, 16 August 2011

cukupkah bila hati saja yang berbicara...?????





Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahu akbar…
Andai rindu ini bertatih lagi, ku harap biarlah ianya hanya untuk-Mu Al-Qayyum
jika rindu ini bisa menarik resah, tiada lain hanya padaMu aku pasrah
kira pencarian ini masih belum jua kutemui,
hanya satu ku pinta ya Allah damaikanlah hati ini
Kembara cinta ini tidak kuharap bersemi dengan serakah
Cinta untuk-Mu ya Rahman destinasi kasih yang masih belum terlaksana
Kasih yang diberi, cinta dicari tak sama dengan gerak geri…
Hasil diperolehi, kesan melakar diri, rupanya cuma bayangan duniawi
Kuntuman bunga pada kalam yang belum menjadi hakikat
Seri kelopak zahrah pada bibir yang bijak bertongkah sifat
kerutan kening.. bertaut minta bertanyakan ia..
tika resah sudah mulai menarik sepi
apa harus ku biarkan kecewa meratap pergi
moga kasih ini bisa mengikat diri
aduan bicara hati hanyalah pada-Mu
Serikanlah kebun hati ini, bukan hanya di fikirku tapi juga pada redhaMu..

Malam yang hening.. sayu.. di temani lagu “insyaAllah” versi melayu, nyanyian Maher Zain, sedikit banyak mendamaikan hati yang runsing.. resah.. namun masih bisa menghuraikan keagungan ciptaan Tuhan yang Maha Esa.. menggamitkan segala rindu yang terpendam jauh di lubuk hati. saat hati sering berbicara sendirian, ada bias mutiara mengalir perlahan di pipi. Entah, apa yang menggusarkan hati, terasa kesabaran sudah semakin hilang untuk menahan air mata dari terus menitis. kiranya masih punya kekuatan dalam diri, cukuplah bagi ku pendam segalanya sendiri. biarlah hanya DIA Yang Maha Mengetahui. Mahu saja ku biarkan hati ini diketuk bertalu-talu dengan sesuatu agar mudah ianya bicara sendiri.
“jangan habiskan air matamu dalam masa sehari.. simpanlah untuk hari esok, kerna esok masih ada untuk menangisi segala kekesalan pada-Nya. Percayalah, air mata yang mengalir kerna-Nya akan terasa sungguh indah. Jangan bersedih, siapa tahu, mungkin esok kita bisa bertemu dengan baginda saw. Dan saat itu, menangislah sepuas-puasnya dan biarkan hatimu berbicara. Adukan segala kerinduan pada-Nya. Ingat, ujian itu “hadiah” dari Allah, agar kita lebih tegar meneruskan perjuangan untuk hari-hari yang mendatang...”
Sentiasa ku berusaha untuk mengumpul kekuatan, namun akhirnya tewas dan rebah kembali ke pangkuan yang Maha Esa. Sungguh, ingatan-Nya pada hamba yang masih penuh noda dan dosa ini hebat sekali. Lalainya qolbi, mengapa sentiasa lupa pada nikmat yang sudah di beri. Semakin berusaha ku mendaki gunung cinta-Nya, semakin aku rebah sendiri. Lidah kelu dalam kelam. Aduh.. hadirlah kekuatan, demi mengemis cinta Ilahi.. sabar, senang menyebutnya, namun sukar praktikalnya. Kekuatan yang Esa jualah yang banyak membantu dalam musafir menuju cinta-Nya. Aku hanya mampu tunduk seribu makna, menyembamkan muka di tikar sejadah, menjahit segala asa yang kian tercarik, menyembah DIA yang sentiasa menemani.. di mana pun si lemah ini berada.
Maaf sahabat-sahabatku.. hanya itu yang termampu ku lafazkan saat ini. Dari hujung rambut hingga hujung kaki , buat ahli bait, mu’allim mu’allimah, teman-teman, juga untuk dia yang sentiasa di nanti.. sayunya hati ini cukuplah Dia yang tahu, cukuplah Dia juga yang me”rasai”nya.. Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar.. ujian yang datang bersilih ganti, tidak kira, datangnya dengan “jemputan” atau pun tidak. Ku akui, hampir semua mengatakan perkara yang sama.. percayalah teman-temanku, aku juga tidak menginginkan yang demikian,, jauh sekali meletakkan kesalahan ini di pundak kalian. Nilailah dengan nilaian apa sekali pun, tetapi, nilaian di sisi-Nya jauh terasa lebih berharga.

"enti dah banyak berubah."

“enti dah tak macam dulu…”
“enti ke yang ana kenal dua tahun yang lalu”
“enti ni… dah semakin jauh…”
masyaAllah.. Tabarakallah.. aku hanya milik-Mu ya Ilahi..
ku akui.. Aufa Insyirah yang sekarang jauh berbeza dengan yang dulu, lebih banyak berdiam dan hanya tersenyum tanpa sepatah bicara, lebih banyak melihat dan mendengar tanpa memberikan respon, semakin berubah watak dan identiti…

sentiasa di asak dengan ujian dari pelbagai sudut tanpa teman yang di harapkan untuk memberi bantuan pada hati yang rawan menjadikan diri semakin berusaha untuk memencilkan diri. Bukan tidak mahu berbicara, bukan juga tidak mahu berkongsi, cukuplah hati seorang yang lemah ini yang menderita, jauh sekali merasakan kesepian seperti yang di jangka.. kerna apa?? Rasa kehambaan yang masih punya Allah yang Maha Mendengar, masih punya air mata untuk di alirkan. Asykuru Lillah …

bohonglah kiranya diri yang kerdil ini tidak memerlukan teman di sisi, barangkali masih demotivate dalam pencarian yang panjang.. ya lah, sahabat itu, bisa datang.. bisa juga pergi, persis angin yang datang menyapa lalu pergi, hilang entah ke mana. Hati yang menanggung siksanya rindu hanya hati kepada insan dho’if ini, memujuk hati sendiri, walau kalian hanya tinggal sebagai kenangan dalam hati ini.

aku yang kini semakin berubah watak sejak beberapa minggu lalu. semakin mendiam, diam dan terus mendiam. Tidak seceria sebelum ini, mungkin di wajah, tapi tidak di hati. malah sudah tidak mengharapkan sesiapa lagi untuk membantu merawat hati yang merintih. Dulu dan kini, hanya aku…yang sentiasa memujuk hati akan ada juga seseorang yang dapat memberi suntikan seperti yang pernah di rasakan suatu ketika dulu. Tapi hari ini, biarlah arus saja yang membawanya..

tidak pernah ku salahkan sesiapa, perjuangan dan kembara kalian jauh lebih mencabar. Hanya saja pesanku ukhti, selagi ruh dan jasadnya masih bersatu : "ceritalah apa pun pada saya, saya tak kisah, Cuma saya minta jangan pernah awak rasa tak ada siapa di sisi awak, insyaAllah saya berusaha untuk bersama awak. Saya tahu. awak percaya Allah sentiasa mendengar bicara awak, tapi saya nak awak juga yakin saya ada untuk awak berkongsi apa saja…"

terpujuk juga hati yang lara, walau dengan cara remeh ini. Andai saja dia terus-terusan patah semangat untuk memulakan langkah yang baru. Cukup memahami dan sangat memahami apa yang dialaminya kerana semuanya telah pun ku lalui dalam keadaan yang sangat sukar. Tiada bicara yang selayaknya untuk menggambarkan betapa di saat jatuh tersungkur kala mendengar perkhabaran tersebut. Allah juga yang memberi kekuatan dengan belas ihsan-Nya, dengan rahmat juga sifat Penyayang-Nya..

di saat hati tercari-cari dahan untuk berpaut, akhirnya ku temui seseorang yang sering menggetarkan saraf dengan ayat-ayat cinta Allah, sungguh ku pelajari sesuatu darinya yang memandang sesuatu dengan pandangan yang positif… ku akur dengan kesederhanaannya…

di kala kesepian dan keseorangan di lautan ujian, aku kembali mengintai dan mencari ayat-ayat yang di susun seindah pekerti penulisnya. Meluncur lajunya air mata bukanlah kerana sedih dengan bicaranya, sebaliknya ianya kembali mengingatkan aku pada kenangan lalu. Jauh di sudut hati, aku meluahkan segalanya... Sampai masanya kita akan pergi jua!!!

sakitnya merindui… merindui bagai si pungguk merindukan bulan. Ku teruskan langkah kaki, perjalanan harian seperti tiada apa yang berlaku walau jauh di sudut hati seakan membarah perasaan rindu pada sahabat-sahabat. Aku merindui tarbiyyah itu, usikan dan senyuman kalian. Sungguh aku tidak pernah mengharap akan ada yang memahami gelora yang melanda di jiwa. Tiada siapa yang lebih bijak memujuk hati melainkan kita sendiri yang memujuknya dengan ayat-ayat cinta Ilahi.

pengalaman lalu menjadikan diri takut untuk membiarkan sahabat yang rawan duduk bersendirian. Berusahanya dalam kekalutan menyusun ayat untuk memujuk hatinya kerana ia adalah peluang keemasan untuk memujuk hati sendiri. Hati yang dibiarkan terlalu lama dalam keadaan luka membuatkan aku hilang ayat untuk mengharap, cukuplah… terlalu banyak masa yang sudah berlalu. Biarlah aku bukakan peluang untuk diri sendiri yang merawatnya. Ku biarkan Allah membelai hati ini dengan ayat-ayat Nya…

syukran kathira pada sahabat yang sejak akhir-akhir ini sering merelakan dirinya menjadi mangsa untuk aku melempiaskan bicara dan tangisan, moga Allah memberkatimu, sahabat. Syukran kathirajuga pada sahabat yang menerbangkan hadiah dari ummu ad-Dunya di samping sentiasa mendoakan diriku, moga Allah membalas dengan sebaik-baik pembalasan.

syukran kathira juga pada mereka yang meninggalkan diriku terkapai-kapai sendirian di lautan ini, betapa ianya mengajar diri yang hina ini agar bergantung terus pada Allah Yang Maha Kuasa, sungguh Dialah Pelindung yang TERBAIK untuk hamba-hambaNya. untuk semua yang sentiasa mengkritik tanpa memikirkan perasaan ini, menjadikan diri semakin tegar dan lali dengan keadaan ini.

Terima kasih ya Allah kerana sentiasa merencanakan hanya yangTERBAIK pada hamba-hamba Mu yang lalai dengan nikmat yang Kau berikan. Jangan pesongkan hati-hati kami setelah Kau beri hidayah.


ku sedari hakikat.. Allah yang beri ujian, biar Dia memujuk dengan cara dan kehendak-Nya

bila hati ku mula berbicara, maaf.. akan tiada lagi bisa menghalanginya

moga kalian sentiasa dilindungi juga dilimpahi Rahmat Ilahi
sejuta kemaafan andai aku bukan sahabat terbaik
kerna aku hanyalah si hamba yang lemah…
ya Ilahi… bantulah hamba Mu ini yang kian terumbang ambing di dalam arus duniawi, kepada Mu aku memohon limpahkan rahmat Mu, biarkanlah mentari hidup ku kan bersinar kembali...

Saturday, 13 August 2011

bonus Raya Vs bonus Ramadhan..


Alhamdulillah, nampaknya kakitangan awam bakal menerima bonus (duit raya) sebanyaksetengah bulan gaji atau minimum RM500seperti yang telah diumumkan PM dan bakal diterima pertengahan Ramadan nanti. Berita gembira juga buat pesara Kerajaan yang bakal menerima Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500

Gunakanlah duit tersebut ke arah kebaikan dan bukannya ke jalan keburukan dan pembaziran. Tunaikanlah zakat, moga dengan bonus tersebut juga kita beroleh takwa seperti firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 183.


Bagimana pula dengan bonus yang tetap dijanjikan oleh Allah sedari dulu sehingga kini kepada umat Muhammad s.a.w. yang berpuasa???

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadan iaitu:

Bonus 1: 
Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripad kesturi di sisi Allah.

Bonus 2: 
Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka

Bonus 3: 
Allah memperindahkan syurgaNya setiap hari dan berfirman: 'Hampir-hampir hamba-hamba-Ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu.' (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat)

Bonus 4: 
Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadan.

Bonus 5: 
Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya)."
Mengenai bonus ke-5 ini, ada sahabat bertanya kepada Baginda s.a.w.: "Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar?" Baginda menjawab: "Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya."
(Riwayat Ahmad)

(Sumber dan info penuh dari Solusi Ramadan)

WARKAH DARI METUA.. UNTUK MENANTU PEREMPUANKU..


Duhai gadis yang baru ku kenal..
Tahukah kau, dia putraku..
Lahir dari dalam rahim suciku..
Ku pertaruhkan hidupku untuk memilikinya..
Anak kesayanganku yang sepanjang hidupnya ku besarkan dengan segenap rasa cintaku..
Tangan renta ini yang mengangkat tubuh mungilnya, menyuapinya, menyeka air matanya dan memeluknya dalam dakapanku..
Duhai gadis..
Tahukah kau betapa besar rasa cintaku padanya?
Bahkan aku tak mampu membayangkan bila ada yang merebutnya dari dakapku..
Tahukah kau gadis?
Betapa bangga ku rasakan ketika dia mulai beranjak dewasa?
Menatap tumbuh menjadi lelaki tegap dan tampan..
Seulas senyumnya mengingatkanku pada senyuman ayahnya yang sangat ku cinta..
Betapa hati ini terus diliputi rasa bangga dan buncahan cinta padanya..
Kebanggaanku.. Putraku..
Berbagai prestasi dia ukir dan memahatnya..
Bangga tak terperi dalam lubang rasaku..
Dan ku selalu merasa puas menyebutnya putraku..
Tak sedikitpun dia pernah mengecewakanku..
Tak pernah..
Gadis, tahukah kau..
Betapa haru hatiku, ketika ku melihat perubahannya..
Mencuba mengenal Deennya lebih dalam dari yang kami ajarkan padanya..
Dia menjadi muslim sejati..
Lelaki yang dirindukan JANNAH..
Aku semakin sayang padanya..
Putraku kini yang malah mengajarkanku banyak hal..
Mendekatkanku pada-Nya..
Pada Rabb ku yang selama ini ku kenal dengan sederhana kerana kebodohanku..
Tapi aku tak malu..namun sebaliknya..
Aku semakin bangga padanya..
Putraku.. Cahayaku..
Namun..
Rasa itu berubah menjadi takut, cemas dan khawatir..
Ketika dia menyampaikan padaku keinginannya..
Dia ingin menyempurnakan agamanya..
Yah.. Dia ingin membangun rumah tangganya sendiri..
Dan, dia telah memilih..... kaulah gadis beruntung itu..
Gadis, tahukah kau?
Betapa cemburuku padamu?
Yah, aku sangat takut kehilangan putra kesayanganku..
Takut kau merebut semua perhatiannya dariku..
Takut keberadaanmu, memalingkannya dariku..
Kau akan merebutnya dan aku cemburu..
Namun, kembali ku sedari..
Putraku tak akan memilih wanita sembarang..
Ku yakin kau punya kelebihan yang membuatnya memilihmu..
Dan ku mulai menata hatiku..
Duhai gadis pilihan putraku..
Ku harap kau memiliki tangan yang lebih lembut dariku..
Kerana ku tak mahu kau melukai putraku..
Ku harap kau mempunyai senyuman yang lebih sejuk dariku..
Kerana kelak, dia akan datang padamu dalam tiap galaunya untuk mencari ketenangan..
Ku harap kau memiliki pelukan yang lebih hangat dariku..
Kerana ku ingin hatinya selalu damai dalam dakapanmu..
Ku harap kau mempunyai tutur kata yang seindah embun..
Kerana ku tak ingin dia mendengar kata-kata kasar dalam hidupnya..
Duhai gadis pilihan putraku..
Jadilah anakku..
Agar tak pernah ku merasa kehilangan putraku kerana kehadiranmu...
Jadilah sahabatku..
Agar kau dapat mencurahkan rasamu padaku kelak..
Jadilah rakanku..
Agar bersama-sama kita mencintai lelaki yang sama-sama kita cintai..
Untukmu gadis pilihan putraku..
Selamat datang di istana kami..
Penuhilah dengan cinta dan kasih..
Semoga kau bahagia menjadi sebahagian dari kami..
Padamu gadis pilihan putraku..
insyaAllah… Aku pun akan mencintaimu..



sekian…