Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Monday, 10 October 2011

Jangan ditangisi apa yang bukan milikmu....


Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!!
~~> pesanan Buat DIRIKU dan DIRIMU<~~

Saturday, 13 August 2011

bonus Raya Vs bonus Ramadhan..


Alhamdulillah, nampaknya kakitangan awam bakal menerima bonus (duit raya) sebanyaksetengah bulan gaji atau minimum RM500seperti yang telah diumumkan PM dan bakal diterima pertengahan Ramadan nanti. Berita gembira juga buat pesara Kerajaan yang bakal menerima Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500

Gunakanlah duit tersebut ke arah kebaikan dan bukannya ke jalan keburukan dan pembaziran. Tunaikanlah zakat, moga dengan bonus tersebut juga kita beroleh takwa seperti firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 183.


Bagimana pula dengan bonus yang tetap dijanjikan oleh Allah sedari dulu sehingga kini kepada umat Muhammad s.a.w. yang berpuasa???

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadan iaitu:

Bonus 1: 
Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripad kesturi di sisi Allah.

Bonus 2: 
Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka

Bonus 3: 
Allah memperindahkan syurgaNya setiap hari dan berfirman: 'Hampir-hampir hamba-hamba-Ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu.' (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat)

Bonus 4: 
Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadan.

Bonus 5: 
Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya)."
Mengenai bonus ke-5 ini, ada sahabat bertanya kepada Baginda s.a.w.: "Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar?" Baginda menjawab: "Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya."
(Riwayat Ahmad)

(Sumber dan info penuh dari Solusi Ramadan)